Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail adalah sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) yang dikhususkan untuk melatih guru-guru seluruh Malaysia. Nama Institusi ini telah ditukar berikutan keputusan Kementerian Pelajaran meluluskan permohonan institusi ini yang mahu mengabadikan nama mantan Timbalan Menteri Pelajaran yang meninggal dunia pada 28 November lalu sebagai mengenang jasanya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini.IPG Kampus Dato' Razali Ismail lahir setelah proses menaik taraf daripada maktab kepada institut dilaksanakan pada bulan April 2006 setelah dipersetujui oleh Kabinet Malaysia.